Salam,
Entry kali ni aku nak mengaborkan kenapa aku study.. (cewah)
selalu kalo dah keje ni kita sibuk nak study..orang akan kata..nak kejo naik pangkat..
tapi bagi aku..yang utamanya aku bukanla nak kejokan naik pangkat. aku ada kisah tertentu yang menyebabkan kenapa aku memilih untuk belajar secara PJJ ni...
- aku punya angan-angan sekurang-kurangnya aku nak ada sekeping degree...
- aku dulu penah study diploma civil engineering (muahahah)....tapi aku tak mintak sambung untuk ke peringkat degree..aku dapat rasakan aku tak mampu..sebab bidang tu terlalu luas untuk aku explore.
- jadinya aku pon fikirlah degree apa yang sesuai untuk aku apply...
- Juan menyarankan supaya aku ambik degree account.
- tapi masalahnya pula..account ni kene asas yang kukuh..
- jadinya aku ambik keputusan untuk study account dalam level diploma...hahaha..jadi mana degreenya?
- degree tu kalau Allah izinkan rezeki untuk aku..adalah..tapi tu lah..yang mencetuskan untuk aku belajar tu adalah di keterangan no 1 tadi..
- tapi bila dah mula belajar dalam status sebagai isteri,mama dan pekerja...suasana dia amat berlainan sekali
- aku boleh nampak perspektif yang lain sangat dari zaman belajar full time dulu
- ada satu kepuasan bila dapat tengok result setiap semester...
- ianya mengajar aku supaya belajar menguruskan stress aku...
- ianya mengajar aku supaya sentiasa menghargai setiap masa yang aku ada
- ianya mengajar aku supaya menjadi seorang "aku" yang lebih baik lagi
- ianya mengajar aku bahawa suami,anak,kerja hakiki itu bukanlah agen penghalang
- ianya mengajar aku bahawa setiap kejayaan/kebaikan/kelebihan yang kita dapat tu bukanlah hasil usaha kita seorang..ianya adalah hasil usaha bersama antara kita dan orang2 sekeliling kita
- ianya mengajar aku erti pengorbanan
- dan ianya juga mengajar aku bahawa aku tidak boleh tidur sewenang-wenangnya...muahahaha..tapi aku menten je bab tido ni..camne tuh?
begitulah antara penjelasan yang dapat aku tulis..atau dalam bahasa lainnya..aku study ni untuk mencabar diri sendiri...tapi sekiranya aku dapat sesuatu yg lain dari tu cam keje yang lebih bagus ke..gaji yang lebih jutaan rupiah ke..itu adalah satu bonus..
ok jumpa lagi di lain entry....