Sunday, December 7, 2014

Syarat-Syarat Keluarga Sempurna... Wajib Patuh

Salam,

Saja la nak tulis mende ni..dah lama aku dengar perati dan sabar serta malas berhujah.

Syarat syarat keluarga sempurna pada manusia adalah;


  1. Suami / Bapa
  2. Isteri / Ibu
  3. Anak Lelaki
  4. Anak perempuan

Jadi sesiapa yang tak ada salah satu dari senarai di atas..abisla..korang takkan dapat sijil pengesahan keluarga sempurna... abislah...

Phuii...nyampah ok dengan benda ni...

Takleh hadam betui aku orang dok ckp camni...

Contoh situasi...

a : Eh Tania tu dah bersalin..anak lelaki...
b : Ye ke...anak sulung dia perempuan kan?
a : A'ah...sulung perempuan no 2 lelaki ..lengkap dah keluarga dia...cukup anak laki perempuan..


Bagi aku..tak boleh ke setkan dalam kepala tu...

Biar anak dia laki semua ke ..perempuan semua ke...asalkan keluarga tu menjalani hidup dibawah redha Allah.. ok lah kan?

Pernah aku cakap camni...alah laki ke perempuan ke...rezeki Allah juga...

boleh plak diorang cakap kat aku..eh..mana boleh camtu..ada laki perempuan baru lah lengkap...

so sejak tu memang nyampah dah aku nak berbalas pantun eh hujah dengan orang camni..baik aku diam


Ok sekian sedikit emo plak kali ni..


Bye..

Saturday, November 29, 2014

Berita gembira seorang teman

Salam..ayat biasa bila nak masukkan entry baru adalah..dah lama tak update blog.. Hahaha..biasala...penulis blog taraf hot2 chicken shit memang macam ni perangai dia.

Ni berblog guna handphone cabuk..jadilah kan.

Berbalik kepada tajuk...sajalah aku nak kongsikan...kegembiraan seorang teman...

Dia telah disahkan mengandung..yelah selama 8 tahun menanti...akhirnya Allah makbulkan doa dia suami isteri...

Sebagai kawan...walaupon yang mengandung tu dia...bila dia bagitau berita gembira...bukan main aku usap perut yang penuh lemak...hihihi...

Kepada kawanku Rohana....aku sangat gembira okey...dan sebagai kawan oo yang pakar..ko kena dengar cakap aku...okey..ini arahan... Huhuhu

Kalo ko baca blog aku ni,..aku nak ucapkan

"Muah ciked"

Ok...
Sekianlah cerita berita gembira seirang teman...nanti jumpa lagi di lain entry...

Babaiii

Tuesday, July 29, 2014

RAYA ZAMAN AKU vs RAYA ZAMAN ANAK-ANAK AKU

Salam..bertemu lagi dalam rancangannnn....dimana joe jambul... Hihi..ok ngarut..

Saja nak cerita pasal raya...

1. Masa aku dulu duit raya paling banyak adalah rm1.. Kalo dapat rm1 tu rasa seronok sangat dah...TAPI masa anak aku kalo rm1... WHAT? Singgit...

2. Masa aku selamber je pi raya dengan kawan-kawan siap pegi kampung sebelah..mak bapak pon tak risau... TAPI masa anak aku....tak boleh oiii...hilang nanti...zaman sekarang ni...

3. Masa aku dulu bugdet sepasang baju raya tak le mahal mana...TAPI masa anak aku.. Nak belikan baju raya deme...adui la... Raya bulan Syawal...1 Muharram dah kena start menabung oiii...

Sebenarnya banyak lagi beza raya dulu dan sekarang...tapi taip guna handphone ni...adeila...

Jumpa lagi next entry...

Salam Lebaran 1435 hijrah

Salam...
Sekarang sedang bercuti di kampung.maklumlah menyambut hari raya. Teringat raya tahun lepas...menyambut raya sewaktu berpantang selepas bersalinkan musfirah. Tahun ni dah setahun umur dia.cepat je masa berlalu...

Untuk entry kali ni..saya mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca...dan salam aidilfitri...

Friday, June 13, 2014

Pengalaman Banjir Di Kuantan

Salam

Kisah banjir ni berlaku pada Disember 2013..tapi Jun 2014 baru aku cerita..apakah kategori update blog ini..mih mih mih..namun sebagai orang yang saja cari pasal baca blog aku ni redha je lah ye

Hanya nak kongsikan kisah yang penting je lah..


  1. Banjir ini adalah buat kali pertama seumur hidup kami suami isteri dan anak-anak
  2. Air yang masuk rumah adalah hampir ke paras dada
  3. Dulu selalu tengok ibu-ibu dengan anak kecil naik sampan ke pusat pemindahan banjir di televisyen
  4. Jadi aku pon dah merasainya buat kali pertama.
  5. Orang lain boleh rilek dan bergelak tawa di pusat banjir (mungkin nak sedapkan ati)
  6. Tapi aku kemain nak ngobak (menangis) sedih wei
  7. Tapinye aku dan duduk berapa jam je sebab ada kawan baik hati ambik bawak tumpang rumah dia
  8. Rumah aku 2 tingkat..jadi takde la habis semua barang rumah
  9. Namun kereta kami 2 biji abis tenggelam..dan sekarang dah boleh guna balik setelah di baiki dengan sejumlah RM...mih mih mih
  10. Aku ada update di facebook..drama-drama banjir..
  11. Kiranya Kuantan masa tu memang boleh kata lumpuh la..
  12. Selepas banjir adalah dapat bantuan dari pelbagai pihak.Alhamdulillah.
Itu adalah antara perkara-perkara yang dapat aku kongsikan di blog..maklumle...dah lama jadinya. harap sapa yang baca redha je le...

Terima kasih kepada semua yang menghulurkan bantuan..secara lansung atau tidak lansung. Budi kalian hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.

Ok sekian

Gambar ni adalah pemandangan dari tingkap atas rumah aku..




Thursday, June 12, 2014

Aku tak update blog ini..

Salam,


  1. Dah lama tak update blog
  2. Maaf dipinta
  3. Idea banyak..tapi malas
  4. Tulah..sebok nak berblog sangat
  5. aku cuba nak update nanti ye
ok...bye

Kakak Angkatku sudah tiada

Salam..

Aku pernah tulis di blog ini berkenaan kakak angkatku yang kehilangan anak kesayangannya... DEKAT SINI CERITANYA

Selepas kehilangan anaknya itu..Allah kurniakan seorang lagi anak untuknya...namun selepas itu Kak Syina pula dijemput Illahi pada 28 September 2013..kerana kanser stage 4..

Ye aku tau lambat aku tulis cerita tu disini..(sebabnya aku pon tak update blog)

Teringat Kak Syina yang baik hati..

Kak Syina..amanlah kamu disana.

Saya teringatkan kamu...

Alfatihah...


Aku Join Sini

Aku Join Sini