Tuesday, December 28, 2010

Cabaran Sebagai Mama - Menyusukan Anak

Setelah bergelar mama banyak perkara baru yang aku harus tempuh. Salah satu daripadanya adalah menyusukannya. Alhamdulillah..aku bersyukur kerana Allah gerakkan hati aku untuk menyusukan anakku. Semenjak keguguran itu aku mula melayari internet mencari informasi-onformasi berkenaan ilmu breastfeed. Ternyata ramai di luar sana yang mempunyai kesedaran untuk menyusukan anak mereka dengan susu ibu. dan yang paling aku suka ialah mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu penyusuan.

apabila disahkan mengandung lagi..aku suarakan hasrat untuk menyusukan anak kepada suami. Suami amat berbesar hati dan menyokong hasrat aku itu. Ye lah kan..boleh la dia berjimat duit daripada beli susu formula yang semakin mahal tu kan..ha ha ha....

terus kepada cerita menyusukan anak...selepas melahirkan aku berjaya menyusukan.Gembira tak terkata bila anak aku berjaya menikmati kolustrum.Susu awal yang terbaik di dunia..tapi disebabkan tiada pengalaman (walaupon bukan main hebat surfing sana sini baca mengenai penyusuan)..aku menghadapi kesukaran juga untuk menyusukan. Perkara utama ialah inverted nipple.Aku mendapat nasihat dari doktor untuk menggunakan nipple shield. Satu lagi kesilapan aku bila menggunakan nipple shield ni (sebab tak surf perkara ni sebelum bersalin) yang menyebabkan akhirnya sampai sekarang bila nak menyusukan aku terpaksa guna benda ni...tapi biarlah..aku tetap akan cuba menyusukan selagi mampu.

Cabaran berterusan dalam mengumpul stok...aku ni jenis tak sabar..bila pam keluar sikit perasaan putus asa mula terasa. Tapi mujur suami selalu bagi semangat.."sikit sikit nanti banyak la" katanya.aku pon dalam terasa putus asa tetap juga mengepam.akhirnya dapatlah kumpul serba sedikit stok untuk bekalan ke rumah pengasuh bila aku masuk kerja semula.

Bila aku kerja semula..aku maklumkan kepada bos yang aku perlu curi-curi masa untuk mengepam sewaktu bekerja.mujurlah bos memahami dan dia benarkan(mungkin sebab bos aku perempuan).Aku gunakan surau pejabat sebagai tempat mengepam.semasa mengepam sebelah petang..surau tak putus-putus dikunjungi oleh staf yang nak menunaikan solat zohor...ada yang tak henti-henti bertanya apa yang aku buat.bila aku terang kan..ada yang menyambut baik ada juga yang seolah mencemuh..tapi biarlah..anak aku dan aku tak susahkan mereka.

Semoga semangat aku terus kuat untuk menyusukan.Cabaran memang banyak...
Doakan aku ye..

Menerima Insan Yang Dinanti

Ini bukanlah entry berbentuk laporan atau kronologi..sekadar mengimbas kembali saat saat manis ketika melahirkan anak pertama..ye..anak pertama yang dinantikan..

Selepas berkahwin pada tahun Ogos 2008..aku disahkan mengandung pada Disember 2008..jadi boleh bayangkan betapa girangnya hati..namun Allah sentiasa menguji hamba Nya..ternyata kegembiraan itu hanya sebentar...dan pada kandungan berusia 8 minggu aku disahkan "missed abortion"..dan ketika itu sedih bukan kepalang...tapi sesungguhnya itu adalah ketentuan Allah..kami mesti pasrah dan redha.

Kehidupan diteruskan..dan Allah memberi rezeki kepada kami..Ogos 2009 aku disahkan mengandung lagi..dan kali ini aku megambil pendekatan buat biasa-biasa aja. Alhamdulillah...aku berjaya menempuh tempoh mengandung walaupun 4 bulan pertama aku mengalami alahan mengandung yang sangat teruk...dan muntah-muntah hingga hari melahirkan...

Akhirnya Mei 2010 aku selamat melahirkan puteri sulung yang sangat dinantikan...aku dan suami cuba mempraktikkan apa yang telah kami pelajari di kelas antenatal...melalui pembacaan di internet atau buku-buku..bertanya pada kawan-kawan yang berpengalaman...

Insyallah..aku dan suami akan berusaha menjadi Ibu bapa yang terbaik....
Doakan kami...

Coretan Mewarnai Dunia...

Salam kepada semua pembaca...

Ini adalah entry pertama untuk blog ini...tujuan blog ini adalahsekadar mencoretkan apa yang terbayang difikiran...

Yang baik dari blog ini bolehlah dijadikan panduan..yang tidak elok..sama-sama ditegur untuk kebaikan bersama...

Selamat membaca kepada semua..

Aku Join Sini

Aku Join Sini