Thursday, June 13, 2013

Siapakah yang salah dan siapakah yang benar?

salam,

Ya Allah lamanya tak menulis, hihihi...
Seperti biasa tajuk adalah tak menahan.

1. Parking kenderaan
ok di pejabat baru aku ni tempat untuk meletak kenderaan telah disediakan. berapa bilangan kotak yang tepat aku tak dapatlah nak bagitau disini sebab aku tak kira..tak koserlah aku dengan perut memboyot ni nak pi kira tengah panas. Tetapi orang-orang di pejabat aku ni..dengan konfidennya pegi parking di tempat tak sepatutnya. Pihak yang bertanggungjawab menegur dan meminta mereka ini parking di tempat yang betul...TETAPI.......orang-orang ini marah pulak pada pihak yang menegur...

siapa salah? siapa benar ?

2. Meninggalkan kerja dan pergi berpoya-poya semasa waktu bertugas (mengulor)
setiap orang di dalam sesuatu organisasi telah ditetapkan tugas masing-masing. tetapi disebabkan sikap seorang yang tidak amanah dengan selalu meninggalkan tempat kerjanya dlm bahasa pasarnya "mengulor"..maka tugas beliau terpaksa diambil alih oleh orang lain. disebabkan selalu terjadi begitu makanya orang yang selalu menjadi mangsa terpaksa menggantikan kerja orang lain itu telah komplen kepada penyelia/bos. apabila orang yang tak bertanggungjawab ini ditegur oleh penyelia..dia menjadi sangat marah dan di canangnya kepada semua rakan sejawat di organisasi itu bahawa mangsa itu sangat berkira kerja...

siapa salah? siapa benar


hehehe..sekian untuk kali ini..jumpa lagi...

Aku Join Sini

Aku Join Sini