Tuesday, January 31, 2012

Cerita Pasal Mardhiah Part 2

Salam,
Lama tak menulis..(ye ye o je)..

cerita tentang Mardhiah saya

  1. sekarang mulut dah makin banyak cakap
  2. suka ajuk apa orang lain cakap
  3. suka cari perhatian mama n papa dia..
  4. masih lagi suka tengok movie magika yang mawi berlakon tu.
  5. kalau dalam kereta pasangkan ost magika tu...diam je dalam kete..menghayati la sangat
  6. cuti raya cina kami balik kampung seminggu
  7. dia sangat suka mandi sungai
  8. tau arah nak pegi sungai
  9. bangun-bangun pagi terus bagitau nak mandi sungai
  10. satu hari sampai 4 kali dia mandi sungai
setakat ni dulu..nanti sambung lagi

Sunday, January 15, 2012

Pendidikan Jarak Jauh - ePJJ

Salam,
Entry kali ni aku nak mengaborkan kenapa aku study.. (cewah)
selalu kalo dah keje ni kita sibuk nak study..orang akan kata..nak kejo naik pangkat..
tapi bagi aku..yang utamanya aku bukanla nak kejokan naik pangkat. aku ada kisah tertentu yang menyebabkan kenapa aku memilih untuk belajar secara PJJ ni...
  1. aku punya angan-angan sekurang-kurangnya aku nak ada sekeping degree...
  2. aku dulu penah study diploma civil engineering (muahahah)....tapi aku tak mintak sambung untuk ke peringkat degree..aku dapat rasakan aku tak mampu..sebab bidang tu terlalu luas untuk aku explore.
  3. jadinya aku pon fikirlah degree apa yang sesuai untuk aku apply...
  4. Juan menyarankan supaya aku ambik degree account.
  5. tapi masalahnya pula..account ni kene asas yang kukuh..
  6. jadinya aku ambik keputusan untuk study account dalam level diploma...hahaha..jadi mana degreenya?
  7. degree tu kalau Allah izinkan rezeki untuk aku..adalah..tapi tu lah..yang mencetuskan untuk aku belajar tu adalah di keterangan no 1 tadi..
  8. tapi bila dah mula belajar dalam status sebagai isteri,mama dan pekerja...suasana dia amat berlainan sekali
  9. aku boleh nampak perspektif yang lain sangat dari zaman belajar full time dulu
  10. ada satu kepuasan bila dapat tengok result setiap semester...
  11. ianya mengajar aku supaya belajar menguruskan stress aku...
  12. ianya mengajar aku supaya sentiasa menghargai setiap masa yang aku ada
  13. ianya mengajar aku supaya menjadi seorang "aku" yang lebih baik lagi
  14. ianya mengajar aku bahawa suami,anak,kerja hakiki itu bukanlah agen penghalang
  15. ianya mengajar aku bahawa setiap kejayaan/kebaikan/kelebihan yang kita dapat tu bukanlah hasil usaha kita seorang..ianya adalah hasil usaha bersama antara kita dan orang2 sekeliling kita
  16. ianya mengajar aku erti pengorbanan 
  17. dan ianya juga mengajar aku bahawa aku tidak boleh tidur sewenang-wenangnya...muahahaha..tapi aku menten je bab tido ni..camne tuh?
begitulah antara penjelasan yang dapat aku tulis..atau dalam bahasa lainnya..aku study ni untuk mencabar diri sendiri...tapi sekiranya aku dapat sesuatu yg lain dari tu cam keje yang lebih bagus ke..gaji yang lebih jutaan rupiah ke..itu adalah satu bonus..

ok jumpa lagi di lain entry....






Friday, January 6, 2012

Sifat keibuan

Ada orang kata sifat keibuan itu ada pada semua perempuan. betulke?
Ada jugak orang kata tak semua perempuan ada sifat keibuan. betul jugak ke?
Ada lelaki bila nak cari calon isteri sebuk sangat nak perempuan yang ada sifat keibuan...
Ada jugak yang tak kesah..

Ok aku adalah seorang perempuan yang normal,gemuk tapi gorjes (sila muntah..aku faham),dah berkahwin dan mempunyai seorang anak...tapi..Aku pun tak tau aku ada ke tak sifat keibuan ni..

Bagaimanakah gaya nya untuk kita mendefinisikan seseorang perempuan itu bersifat keibuan?
Adakah dengan cara dia membancuh teh untuk anak-anak dengan lemah gemalai maka dia ada sifat keibuan?

cumanya bagi aku, prihatin, mengasihani dan penyayang adalah antara sifat- sifat yang boleh dikategorikan sebagai sifat keibuan. Tak kesahlah bagaimana perwatakan dia, kasar ke, mapuh kerah ke, kalo dia ada rasa rasa prihatin,mengasihani dan penyayang..dia dah kira ada sifat keibuan la..kekeke

dan aku nak jugak selit kisah kawan aku di alam maya sorang ni..kalo tengok muka yang dia tepek kat fb..nah kau gila lembut sangat...sampai dia sendiri feeling ngaku dia ada iras-iras kareena kapoor..(kapoor la sangat..padahal kapur kasut anak dia)

Walaupon dalam gambo lembut..tapi perangai ya ampun...jangankan sifat keibuan..sifat kejantanan pon tak mampu menandingi beliau..bayangkan anak tertinggal bekas makan dan botol ayor jenama tupperware kat sekolah..bukan main dia pi sekolah esok paginya bawak OCPD mintak soal siasat bebudak sekolah sambil tunjal-tunjal kepala bebudak tu..keibuankah ittew eryn???opss.tersebut nama la plak..malas nak tekan backspace...biarla

oklah...tak kisah la ada ke tidak sifat keibuan atau tak..yang penting ketaqwaan kita kepada Allah SWT..dari situ segala sifat positif akan terbit dalam diri kita khen...

ok..takat ni dulu..bye..



Wednesday, January 4, 2012

Entry jiwa bertempiaran

  1. Jalanraya yang biasa kurang sesak jadi sesak pelik melampo...
  2. Bila dah sesak mula la pemandu jadi selfish..gaya dia sorang je yang drive kete kat jalan tu
  3. Aku takde sebuk sangat hal sekolah sebab anak belum sekolah.heheheh
  4. Teringat plak masa hari pertama di sekolah dulu..sampai sekolah terus pegi main dan tinggalkan mak sesorang...
  5. Kawan baik masa sekolah rendah nama deme Rohaida sama Ridzuan...dedua dah jadi cikgu...
  6. Aku? adoo malam
  7. Teringat seorang kawan baik di alam maya ni..sebuk sangat nak sebak-sebak anak masuk sekolah...
  8. Aku apa lagi kutuk habis-habisan la dia...
  9. Dia plak bukan main sumpah aku dan nak tunggu smp anak aku masuk sekolah
  10. eleh..aku ni cool hokeh..takkan macam ko ye Eryn....
  11. hihihi...kalo dia tau aku kutuk dia dalam blog ni mesti dia "pig" kan aku...
  12. Aku rindu la nasik lemak kantin sekolah letak kuah laksa...
ok..sekian dulu..nanti tulis lagi..saja je..

Tuesday, January 3, 2012

Cerita Pasal Mardhiah Part 1

Salam,

Beberapa kisah tentang marDHIAh....

  1. Dia sekarang dah berusia 1 tahun 8 bulan
  2. Rambut dia dah panjang
  3. Gigi dah tumbuh banyak dan suka sangat nak gosok gigi...
  4. Bercakap tak berapa betul lagi...contoh; susu jadik cucu..
  5. Kalau mama marah dia..sambil menangis dia mengadu dekat papa..."mama uat" begitulah jugak kalau papa cubit dia...dia ngadu kat mama pulak.."papa uat"....
  6. Suka tido lambat..(tak bagus ni)
  7. Suka makan kismis
  8. Suka aiskrim (tak bagus ni..)
  9. Kalau nak berdoa sebelum tido semua WAJIB duduk. kalo tak dia akan ulang2 sebut duduk duduk sampailah mama atau papa duduk
  10. Kalau nak makan, cepat-cepat ambik lapik...
  11. Suka menyanyi dan menari (tapi dengan bahasa dan gaya dia la..jangala expect gaya penari linda jasmin tu)
  12. Suka tolong mama atau papa kemas tempat tido
  13. Sangat tidak boleh tengok buku tersusun kat rak..mesti akan buat cubaan menarik dan menyepahkan buku2 tu ke seluruh rumah
  14. Suka tengok upin-ipin dan boboi boy..tapi tang lagu je..bila cerita start dia terus main benda lain
  15. Walaupon ada mainan dibeli untuk dia...tapi dia lebih suka main kotak, tin yu yii cap limau
  16. Tapi mainan yang paling dia suka adalah bola...
  17. Kalau mama gatal belakang dia akan tolong garu...(tapi lepas tu mama kene mintak tolong papa jugak...)
  18. Bila mama sakit kepala dia tolong picitkan..(walaupon tarik rambut mama yang lebihnya)
  19. Dia suka jalan-jalan..kalau tanya dia "nak jalan-jalan?" dia akan angguk..tapi bila ajak "jom balik"..cepat-cepat dia gelengkan kepala
  20. Dia suka memanjat...setakat grill pintu tu dah 3/4 tinggi pintu dia panjat selamba je..
  21. Suka main ditangga...dah penah jatuh tangga cerita jatuh tangga kat SINI LA KLIKNYA
  22. Suka sangat minum air..pantang nampak mama atau papa minum..mesti dia mintak nak jugak
  23. Dan juga dah pandai minum guna cawan
  24. Kalau dapat telefon sebuk la buat gaya orang sembang sambil jalan-jalan sebut hello..tapi bila orang betul-betul call nak cakap dengan dia..dia diam je...
  25. Lepas mandi kita pakaikan dia baju, sikat rambut boh bedak..lepas tu dia akan cakap..atiknya..(perasan la sebut cantiknya)
hahah..tu je la dulu....kalo ikutkan 4 hari 4 malam tak abis nak citer pasal dia...nanti sambung lagi


Selamat Tahun Baru..azam pun baru...adooo malam..

Salam,

Selamat tahun baru...dah 3 hari di tahun baru kau baru terhegeh-hegeh nak update blog...hahhaha...takpela khen..janji update walau sebaris kata..hahahah

Okla..nanti aku update lagi..bye...

Aku Join Sini

Aku Join Sini