Tuesday, January 25, 2011

Cabaran Hidup

Kali ni nak cerita pasal cabaran hidup...

Semua orang dalam hidup pasti ada cabaran..dan aku juga tak terkecuali..apa benda cabaran ni?ada orang kata memasak juadah untuk santapan suami dan keluarga adalah perkara yang mudah..tapi bagi sesetengah orang seperti aku..hehe..memasak tu antara cabaran yang bisa membuat berpeluh segala ketiak dan segala tempat yang boleh mengeluarkan peloh....yelah mestilah berpeluh..kalo memasak dalam keadaan yang panas..dekat ngan api..haros lah berpeluh kan...heheh

okeh berbalik kepada topik..(gemar benar aku merapu pun)..

Cabaran hidup dari sudut pandangan aku Seorang Insan Comel..(jadi janganlah bandingkan aku dengan orang yang hebat-hebat macam Barrack Obama plak ye)...

Semenjak bergelar mama ni..memang aku rasa kehidupan harian ku semakin tercabar...Memang bersyukur sebab Allah kurniakan aku suami dan terbaru anak yang comel (biarlah aku sorang puji comel pon). Kurniaan yang Allah bagi ni sebenarnya merupakan cabaran untuk aku..,macamana aku nak menguruskan suami,anak dan jugak diri sendiri.Bukannya seronok-seronok tau...

Di samping itu..(eheh) aku juga kononnya bergelar pelajar...(PJJ je pun..dah tu level diploma je pulak tu..)..
aku kene pandai bahagikan masa..sebenarnya aku memang tak bahagi masa pon..main curik masa yang mana ada...setakat ni aku baru masuk semester yang ketiga..dan tiap kali mula semester suami mesti cabar "kalau tak dapat 3.5 ke atas tu berenti jelah ayang wei" . memang rasa tercabar dan sedikit takut..huwaa....

tu lah antara cabaran hidup aku...memanglah kalau nak banding ngan orang lain seperti Barrack Obama atau perdana menteri..memanglah apalah sangat kan..tapi bagi aku ianya tetap cabaran yang mesti di hadapi..

okeylah..setakat ni dulu...

Mengada-ngada Yang Over..

Salam pembuka bicara...(ayat haroslah skema n manis)

Masa mula-mula nak create blog ni..Bukan main berkobar-kobar dan idea sampai meleleh-leleh keluar dari telinga dan hidung segala. Tapi ternyata..aku ni suka benar "hot hot chicken's shit"ha ha ha..tapi aku cuba juga nak menulis..jadi inilah yang di namakan mengada-ngada yang over.heheh...

Sunday, January 2, 2011

2011..semoga lebih ceria dan berjaya lagi dengan izin Allah..

Salam...
Tahun 2011..tahun yang penuh mendebarkan...sebab aku dah mula masuk era 30an..oh..rasa baru semalam aku ambik result SPM...

Setiap awal tahun orang pasti akan menyebut tentang azam..aku? sesungguhnya aku tak pernah ada azam ..mungkin ini antara penyebab hidup aku jadi "biasa-biasa aje" .

Jadi untuk tahun 2011 ini..aku nak berazam..(patutnya aku buat ni sejak dari remaja lagi)

1. Nak abiskan semester 3 dan 4 (ni kes dah tua-tua baru sibuk nak belajar)
2. Nak perbaiki lagi skill memasak (bukan tak tau masak lansung..cuma nak pelbagaikan lagi masakan)
3. Nak perbaiki pengurusan masa.. (memang sangat lemah)

Semoga Allah permudahkan segala urusan..

Amin...

Selamat Tahun Baru 2011...

Aku Join Sini

Aku Join Sini