Wednesday, March 30, 2011

Bila si mocel pandai sebut ma ma ma...

Ya Allah..seronoknya tak terkata......terus cium-cium...peluk-peluk...tanda tahniah
ahahaha....terpoyo sudah...hihihi...

Thursday, March 10, 2011

Anak satu anugerah

 Salam,

Hehe..tajuk mestilah skema .Tak tau apa hala tuju entry kali ini..cuma teringat perkara yang disembang dengan pengasuh anak...bukan perkara yang hebat sangat..antara perkara yang disembang adalah pasal menjaga anak..pengasuh bagitau kalau tak, ada seorang lagi anak dia nak jaga..tapi tak jadi sebab orang tu tak jadi ambik anak yang dia tinggalkan dekat emak di kampung..suami dia tak bagi..apa yang aku nak bagitau sebenarnya ni.

Entah kenapa bila dalam perjalanan pulang ke rumah aku asyik terfikir dan rasa sebak.aku sebak bila teringat anak kecik tu tidak dapat pelukan dan kehangatan kasih sayang mak dan ayah dia..yang ada hanyalah kasih sayang opah dia...aku tak kata kasih sayang opah tu perkara negatif..tidak..kasih sayang opahdan atuk juga sangat suci..cuma pada fikiran aku..anak haruslah bersama emak dan ayahnya.. mungkin aku keterlaluan bila aku kata budak kecik tu sedang dinafikan haknya untuk mendapat kasih sayang mak ayahnya.

Memang ada pasangan yang baru dapat anak yang tinggalkan anaknya pada emak dan ayah mereka di kampung. Pasti mereka ada alasan. Antara alasan, mereka bekerja tiada orang yang boleh diharapkan untuk menjaga anak mereka. Pada pandangan aku, kenapa tak diusahakan dari awal semasa belum melahirkan lagi? Tak salah rasanya kita merancang..bukankah sesuatu perkara itu harus ada perancangannya? Biasanya dapat tau disahkan mengandung dalam usia kandungan dah berusia 8-10 minggu.
( 40 minggu - 10 minggu = 30 minggu)
Ini bermakna kita diberi masa 30 minggu untuk merancang apa yang patut dibuat selepas melahirkan..masa tu lah kita fikir,cari atau apa-apalah. Tapi kebanyakannya hanya sibuk fikir tema warna barangan anak la..itu la ini la..Memang aku pon sendiri sibuk nak beli itu ini aku tak nafikan ini...tapi mujurlah suami aku ada mengingatkan perkara yang paling penting iaitu siapa akan mengasuh anak kami.

Tapi tu lah ini pandangan aku sahaja..aku tak tau apa masalah sebenar orang lain..Jadinya bila kita dah nak ada anak..kita kena bersedia dari segala segi.

Untuk anak mama yang di sayangi Mardhiah, kamu sangat beruntung..dapat merasai kasih sayang mama dan papa yang tidak terhingga..Walaupun mama dan papa kerja dan hantar kamu duduk dengan pengasuh di siang hari..tapi sekurang-kurangnya kamu dapat merasai pelukan dan ciuman kami,bila buka mata dari tidurmu kamilah orang yang pertama kamu nampak dan dakap..kamu bertuah anakku..bertuah..

Buat ibu bapa yang tidak dapat duduk bersama-sama anak mereka..aku tidak mengata bahawa kamu salah..sesungguhnya aku tidak berada di tempatmu..tetapi sekurang-kurangnya niatlah di hati kamu yang kamu akan berusaha menyatukan sekeluarga kamu untuk bersama..

 Sekian...



Aku Join Sini

Aku Join Sini