Sunday, July 29, 2012

Memasak Di Bulan Ramadhan

Salam.


Apa pilihan korang untuk juadah berbuka puasa? Beli di Pasar Ramadhan atau masak sendiri?

wah..memulakan entry dengan persoalan pulak.

Ok bagi saya..saya memilih untuk memasak sendiri. Kalau ikutkan sifat yang pemalas lipas (bak kata kawan nama Rohana) ni saya mungkin memilih untuk membeli sahaja.. Tapi tapi tapi (3 kali maksudnya adalah serius)..suami saya ini tidaklah suka untuk membeli kerana kata beliau..harganya mahal tapi tak berbaloi. Jadi hendak atau tidak..memasaklah saya.

Bagi hari cuti tiada masalah lah untuk memasak. tapi tapi tapi..bagi hari bekerja amatlah mencabar.hihi..bagi saya mencabarlah kan.

Bagi hari bekerja..saya akan cuba sampai rumah selewat-lewatnya pukul 6. sampai rumah mandi dan solat..maka lepas itu saya mula memasang kekuda untuk mula birsilat memasak (perumpamaan ini adalah over.sila jangan tiru aksi ini).

Jadinya..saya sempat masak satu lauk dan satu sayur serta buat air panas untuk berbuka puasa. Syukur syukur syukur..suami saya tidak cerewet bila saya memasak.walaupon masakan saya tak sedap tawar dia tetap makan dengan selera.

ok la.nanti cerita lagi ye...

bye.

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan 1433H

salam,

iye..iye..saya tahu dah berapa hari berpuasa ni..tapi tak slahkan saya nak ucapkan Salam Ramadhan kepada semua...

ok...jumpa di next entry

Wednesday, July 18, 2012

Kembara Mencari Ilmu

Salam,

Lama sangat tak menaip di blog yang hapah nan hado ni..mahupun dari segi entry atau pun pembaca..tapi haku tetap feeling ada orang baca sambil senyum inspiring(betul ke eja ni) tentang penulisan aku ini..kikiki...

Berbalik kepada tajuk di atas...bukan main kan Kembara bagai...takdelah..tajuk haruslah gempak.

Seperti entry terdahulu, aku ada bagitau ada mengikuti diploma perakaunan dalam mode jarak jauh kan. jadi entry kali ini sajalah nak menceritakan bagaimana proses yang terlibat.kikiki

Ok, untuk mode pjj ni...perjumpaan dengan lecturer hanya akan terjadi sebanyak 5 @ 7 kali setiap semester bergantung kepada core atau tidak subjek itu. dan untuk aku ni perjumpaan bersama lecturer dibuat di UiTM Shah Alam.

FYI...aku adalah seorang yang sangat bergantung kepada suami. jadinya untuk ke Shah Alam itu aku memang sangat sangat sangat (3 kali menunjukkan terlalu ye) memerlukan untuk dihantar ke sana. Maka disini pengorbanan suami amatlah besar dan sangat sangat sangat bermakna. Suami aku akan memandu dari Kuantan..kemudian hantar ke UiTM Shah Alam..tunggu disitu sehari suntuk dan bila habis bawa aku pulang ke Kuantan semula. Bertuah kan aku bersuamikan lelaki sebegini.

Erm bagaimana pula dengan anak ku yang comel diva meletop itu?

Setiap kali nak ke Shah Alam..Mardhiah ku tinggalkan bersama pengasuh. Pengorbanan sebenarnya tak mengira sesiapa. Anak sekecil itu sudah mampu untuk berkorban demi mama nya.Dia ku tinggalkan dengan pesanan "Mardhiah duduk rumah Ma dengan Babah ye...Insyallah Ahad malam mama dan papa ambil Mardhiah semula ye"..mungkin orang akan kata..ala budak kecik bukan tau apa..Tidak sebenarnya...dia sangat tau dan memahami.

Adakah pengasuh Mardhiah ok dengan keadaan ini?

Boleh dikatakan aku sangat bernasib baik kerana dipertemukan dengan pengasuh yang baik ini. memanglah orang akan kata.."alah kau dah bayar pada dia..dia nak tak nak dia jagalah anak kau"...ini pula apa aku fikirkan. Ye memang..aku meminta pertolongan dia dengan bayaran. Tapi bagi aku bayaran yang aku bagi itu sebenarnya tidak boleh ternilai dengan apa yang telah dia bagi pada kami sekeluarga. Mardhiah dijaga dengan baik malah macam anak cucu dia pulak..kadang-kadang dia pulak yang lebih risaukan kalau Mardhiah tu sakit. Jadinya setiap kali aku nak ke Shah Alam..meninggalkan Mardhiah padanya bukanlah satu masalah pada dia.kecuali jika dia benar-benar ada hal yang tidak dapat dielakkan maka aku terpaksalah mencari alternatif lain.tetapi perkara sebegitu jarang berlaku.

Selain itu, ahli keluarga yang lain pon ada membantu dari segi menumpangkan aku dan suami tidur dirumah mereka..tolong itu ini..Kawan-kawan pon ada yang sudi mengoffer rumah mereka..ada juga yang tolong memberi idea di kala aku buntu nak buat assignment..

Dalam entry aku terdahulu aku ada kata yang
setiap kejayaan/kebaikan/kelebihan yang kita dapat tu bukanlah hasil usaha kita seorang..ianya adalah hasil usaha bersama antara kita dan orang-orang sekeliling kita"


jadi inilah antara yang kumaksudkan itu. memang aku yang pergi belajar..aku yang exam..aku yang tunggang langgang buat assignment bagai...memang nampak itu usaha aku seorang..tapi jika dilihat dari yang tersirat...bagaimana?nampakkan?


Nanti tulis lagi ye..Bye...




Aku Join Sini

Aku Join Sini