Sunday, July 29, 2012

Memasak Di Bulan Ramadhan

Salam.


Apa pilihan korang untuk juadah berbuka puasa? Beli di Pasar Ramadhan atau masak sendiri?

wah..memulakan entry dengan persoalan pulak.

Ok bagi saya..saya memilih untuk memasak sendiri. Kalau ikutkan sifat yang pemalas lipas (bak kata kawan nama Rohana) ni saya mungkin memilih untuk membeli sahaja.. Tapi tapi tapi (3 kali maksudnya adalah serius)..suami saya ini tidaklah suka untuk membeli kerana kata beliau..harganya mahal tapi tak berbaloi. Jadi hendak atau tidak..memasaklah saya.

Bagi hari cuti tiada masalah lah untuk memasak. tapi tapi tapi..bagi hari bekerja amatlah mencabar.hihi..bagi saya mencabarlah kan.

Bagi hari bekerja..saya akan cuba sampai rumah selewat-lewatnya pukul 6. sampai rumah mandi dan solat..maka lepas itu saya mula memasang kekuda untuk mula birsilat memasak (perumpamaan ini adalah over.sila jangan tiru aksi ini).

Jadinya..saya sempat masak satu lauk dan satu sayur serta buat air panas untuk berbuka puasa. Syukur syukur syukur..suami saya tidak cerewet bila saya memasak.walaupon masakan saya tak sedap tawar dia tetap makan dengan selera.

ok la.nanti cerita lagi ye...

bye.

No comments:

Post a Comment

Aku Join Sini

Aku Join Sini