Monday, August 26, 2013

Telah Selamat Melahirkan

Salam,

Lama betul tak update blog.haha..sibuk sangat ke? taklah..buat buat sibuk..kih kih kih

Okla..syukur alhamdulillah aku dah pon selamat melahirkan anak kedua. Rezeki kami perempuan dan kami namakan dia MUSFIRAH..yang membawa maksud yang cantik dan berseri. Moga peribadi jasmani dan rohani nya seiring dengan nama yang dibawanya.

ok cukup dulu tentang itu..

wassalam.

Thursday, July 4, 2013

Menanti kelahiran

Salam,


  1. aku sekarang meniti hari untuk melahirkan anak kedua
  2. doakan aku selamat anak beranak
  3. doakan jugak supaya anak aku yang sulung dapat terima adik dia dengan gembira. sebab sekarang ni aku dan suami tak dapat nak confirm apa sebenarnya perasaan dia..hehe
  4. doakan aku supaya tabah mengganti puasa memandangkan edd aku 15 Julai 2013 adalah jatuh di bulan Romadhon yang barokah...


ok...bye..nanti kalo rajin aku update..ke keh keh ke (gelak pon dah tak betui ritma nya..nervous nih)

Thursday, June 13, 2013

Siapakah yang salah dan siapakah yang benar?

salam,

Ya Allah lamanya tak menulis, hihihi...
Seperti biasa tajuk adalah tak menahan.

1. Parking kenderaan
ok di pejabat baru aku ni tempat untuk meletak kenderaan telah disediakan. berapa bilangan kotak yang tepat aku tak dapatlah nak bagitau disini sebab aku tak kira..tak koserlah aku dengan perut memboyot ni nak pi kira tengah panas. Tetapi orang-orang di pejabat aku ni..dengan konfidennya pegi parking di tempat tak sepatutnya. Pihak yang bertanggungjawab menegur dan meminta mereka ini parking di tempat yang betul...TETAPI.......orang-orang ini marah pulak pada pihak yang menegur...

siapa salah? siapa benar ?

2. Meninggalkan kerja dan pergi berpoya-poya semasa waktu bertugas (mengulor)
setiap orang di dalam sesuatu organisasi telah ditetapkan tugas masing-masing. tetapi disebabkan sikap seorang yang tidak amanah dengan selalu meninggalkan tempat kerjanya dlm bahasa pasarnya "mengulor"..maka tugas beliau terpaksa diambil alih oleh orang lain. disebabkan selalu terjadi begitu makanya orang yang selalu menjadi mangsa terpaksa menggantikan kerja orang lain itu telah komplen kepada penyelia/bos. apabila orang yang tak bertanggungjawab ini ditegur oleh penyelia..dia menjadi sangat marah dan di canangnya kepada semua rakan sejawat di organisasi itu bahawa mangsa itu sangat berkira kerja...

siapa salah? siapa benar


hehehe..sekian untuk kali ini..jumpa lagi...

Monday, January 7, 2013

Mengandung kali ke-3

Salam

kena sapu-sapu blog ni dah bersawang...

Syukur di sahkan mengandung buat kali ke-3..tapi anak baru nak masuk 2..apakah...hihih..ye lah mengandung kali pertama adalah gugur..

Seperti mengandungkan Mardhiah dulu..mengandung kali ini aku jugak mengalami alahan yang teruk. Tak larat sungguh rasanya nak harungi..tapi aku kena jugak buat2 kuat nak hadapi sehingga melahirkan.

Apa lagi nak tulis ek..takpelah sampai sini dulu..saja nak update je..hihih..

Jumpa lagi..

Tuesday, November 6, 2012

Adilkan?

Sesetengah penjawat awam (aku tak kata semua) sangat tidak kisah akan peraturan yang telah ditetapkan oleh jabatan masing-masing. Boleh je dengan selamba datang office punch card (atau apa saja kaedah melapor diri ke pejabat setiap hari )  lepas tu pergi hantar anak, pergi pasar dan buat apa sajalah yang di suka. Lepas tu masuk pejabat buat muka tak bersalah seolah-olah perbuatan itu betul...

Tapi bila waktu balik belum pukul lima dah siap beratur di tempat punch card..hahah..bagus kan?

Ada dikalangan orang-orang macam ni bukan main bukak perniagaan sendiri dan mampu mengupah pekerja.
tapi bila pekerja dia buat perangai datang lambat dan sebagainya bukan main marah dan siap potong gaji lagi...

hahah...toing toing!!

Sunday, July 29, 2012

Memasak Di Bulan Ramadhan

Salam.


Apa pilihan korang untuk juadah berbuka puasa? Beli di Pasar Ramadhan atau masak sendiri?

wah..memulakan entry dengan persoalan pulak.

Ok bagi saya..saya memilih untuk memasak sendiri. Kalau ikutkan sifat yang pemalas lipas (bak kata kawan nama Rohana) ni saya mungkin memilih untuk membeli sahaja.. Tapi tapi tapi (3 kali maksudnya adalah serius)..suami saya ini tidaklah suka untuk membeli kerana kata beliau..harganya mahal tapi tak berbaloi. Jadi hendak atau tidak..memasaklah saya.

Bagi hari cuti tiada masalah lah untuk memasak. tapi tapi tapi..bagi hari bekerja amatlah mencabar.hihi..bagi saya mencabarlah kan.

Bagi hari bekerja..saya akan cuba sampai rumah selewat-lewatnya pukul 6. sampai rumah mandi dan solat..maka lepas itu saya mula memasang kekuda untuk mula birsilat memasak (perumpamaan ini adalah over.sila jangan tiru aksi ini).

Jadinya..saya sempat masak satu lauk dan satu sayur serta buat air panas untuk berbuka puasa. Syukur syukur syukur..suami saya tidak cerewet bila saya memasak.walaupon masakan saya tak sedap tawar dia tetap makan dengan selera.

ok la.nanti cerita lagi ye...

bye.

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan 1433H

salam,

iye..iye..saya tahu dah berapa hari berpuasa ni..tapi tak slahkan saya nak ucapkan Salam Ramadhan kepada semua...

ok...jumpa di next entry

Aku Join Sini

Aku Join Sini