Sunday, September 6, 2015

Emak...

Sewaktu memandu...

Mulut tiba tiba...

"subhanallah walhamdulillah walaila hailallah Allahuakbar.."\

Serentak air mata mengalir jatuh...

emak....kalaulah mak masih ada...

Terus aku membaca Al-Fatihah untuk mu....

emak....aku rindu....

Sangat rindu..

Thursday, August 27, 2015

Emak..Semoga kita berjumpa di syurga

Assalamualaikum

Mak

Mak pergi secara tiba tiba disaat aku tidak bersedia untuk kehilangan emak.
Terasa emak masih ada...

Mak adalah tempat aku mengadu segala pergolakan dalam hati aku. Mak akan beri nasihat..mak akan marah..mak akan tegur...

Ya Allah...
Izinkan Mak selamanya berada dalam ingatan aku. Aku mohon dari Mu janganlah engkau hilangkan mak dari ingatan..

Mak...
Aku rindu...

Mak..Moga kita berjumpa di syurga...


Semoga mak ditempatkan dikalangan orang beriman...


Sunday, August 23, 2015

Selamat Tinggal Emak

Selamat Tinggal Ibuku

Sewaktu Azan Mendayu-Dayu
Ibuku Pergi Meninggalkanku
Perginya Takkan Kembali Lagi
Kerna Takdir Telah Menentukan

Doa Restu Kuutuskan Untukmu Ibu
Semoga Diri Ibu Bahgia
Di Akhirat Yang Kekal Abadi

Ibuku Kau Pemupuk Kasih Sayang
Kerna Kaulah Ibu Yang Tercinta
Baktimu Padaku Tidak Terkira
Hanya Tuhan Dapat Membalasnya

Ibuku Walau Kau Pergi Dulu
Namun Kutetap Mengingatimu
Kasihku Padamu Seperti Dulu
Selamat Tinggal Ibuku

Tuesday, June 9, 2015

Mengguna Medela Freestyle dalam kembara penyusuan untuk Musfirah

Assalamualaikum,

Sesaja tetiba terfikir nak update blog tajuk ini..eheheeh. mana lah tau kot kot ada ibu-ibu yang nak baca.


  1. Medela freestyle ni memang agak mahal la bagi aku yang tidak berada ini.jadi bila dah beli mahal-mahal..maka fikiran pon dah set mesti guna betul-betul supaya pengorbanan membeli itu berbaloi. (over tak ayat)
  2. Yang aku beli ni berharga rm1299. hanya ada warranty kedai sahaja.
  3. Macam apa yang lactation caunselor (eh betui ke eja) cakap pump yang mahal tidak menyumbang kepada banyak mana susu dihasilkan. semuanya bergantung kepada demand dan supply
  4. Kalau ko pemalas nak pump..beli pump harga ratusan ribu pon memang tak la keluar susunya kalo ko tak gunakan
  5. Medela freestyle ni aku beli pasal mudah juga nak dapatkan spare parts dia.
  6. Bab rosak ni bagi aku setiap barang yang kau beli..mesti akan ada rosaknya. jadi terpulang macamana kita jaga barang tu. kalo ko beli pam yang harga ratusan ribu tapi ko campak2 je ke lantai..sah sah le boleh rosak. tak gitu kan?
Oklah..setakat ni dulu aku nak tulis.tulis pepanjang pon runsing plak orang nak baca. sebab ini bukan blog mempromosikan/menjual barang.. cuma nak cerita apa aku rasa je.

Tentang tajuk yang macam bagus je tu..maafkan je lah. pasai aku memang macam ni..masa nak fikir tajuk tu bukan main rasa perlu tajuk nampak intelek.walhal..nan hado

Ok bye..

Jumpa lagi di next entry...

Monday, April 6, 2015

Mardhiah sudah sekolah..

Salam semua...

Setelah beberapa kali tajuk di save dalam draf maka ku gagah kan juga untuk siapkan dan publish entry ini..

Tiada apa yang luarbiasanya cerita tentang anak sekolah...
Tapi masing-masing ada momen yang nak disimpan dalam lipatan kenangan

Beberapa fakta tentang Mardhiah sudah sekolah


  1. Sebelum mula sesi persekolahan tiada lansung perasaan  excited Mardhiah.. Gusar juga kami sebagai ibu bapa
  2. Sekolah tadika yang kami pilih adalah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)
  3. Sebabnya adalah sekolah yang terdekat dengan rumah pengasuhnya..jadi tengahari pukul 12 abis sekolah pengasuh boleh ambil dan duduk dirumah makan minum sampai petang hingga kami habis kerja
  4. Pergi sekolah waktu pagi Papa kena hantar naik motor..itulah perjanjiannya
  5. Hari pertama hantar ke sekolah..Alhamdulillah takde masalah lansung..
  6. Sampai di sekolah papa hantar sampai pintu sekolah..dia babai dan masuk...tiada drama menangis
  7. Belah petang ambil dari rumah pengasuh dia bersemangat cerita tentang sessi persekolahan dia
  8. Alhamdulillah dia suka...dan seronok
Sebagai ibu bapa dia..apa yang kami harapkan dia suka dan minat untuk terus bersekolah..Baru 5 tahun..panjang lagi perjalanan dia...


Ok..rasa ada tajuk lain nak update..

Insyallah..

Sunday, December 7, 2014

Syarat-Syarat Keluarga Sempurna... Wajib Patuh

Salam,

Saja la nak tulis mende ni..dah lama aku dengar perati dan sabar serta malas berhujah.

Syarat syarat keluarga sempurna pada manusia adalah;


  1. Suami / Bapa
  2. Isteri / Ibu
  3. Anak Lelaki
  4. Anak perempuan

Jadi sesiapa yang tak ada salah satu dari senarai di atas..abisla..korang takkan dapat sijil pengesahan keluarga sempurna... abislah...

Phuii...nyampah ok dengan benda ni...

Takleh hadam betui aku orang dok ckp camni...

Contoh situasi...

a : Eh Tania tu dah bersalin..anak lelaki...
b : Ye ke...anak sulung dia perempuan kan?
a : A'ah...sulung perempuan no 2 lelaki ..lengkap dah keluarga dia...cukup anak laki perempuan..


Bagi aku..tak boleh ke setkan dalam kepala tu...

Biar anak dia laki semua ke ..perempuan semua ke...asalkan keluarga tu menjalani hidup dibawah redha Allah.. ok lah kan?

Pernah aku cakap camni...alah laki ke perempuan ke...rezeki Allah juga...

boleh plak diorang cakap kat aku..eh..mana boleh camtu..ada laki perempuan baru lah lengkap...

so sejak tu memang nyampah dah aku nak berbalas pantun eh hujah dengan orang camni..baik aku diam


Ok sekian sedikit emo plak kali ni..


Bye..

Saturday, November 29, 2014

Berita gembira seorang teman

Salam..ayat biasa bila nak masukkan entry baru adalah..dah lama tak update blog.. Hahaha..biasala...penulis blog taraf hot2 chicken shit memang macam ni perangai dia.

Ni berblog guna handphone cabuk..jadilah kan.

Berbalik kepada tajuk...sajalah aku nak kongsikan...kegembiraan seorang teman...

Dia telah disahkan mengandung..yelah selama 8 tahun menanti...akhirnya Allah makbulkan doa dia suami isteri...

Sebagai kawan...walaupon yang mengandung tu dia...bila dia bagitau berita gembira...bukan main aku usap perut yang penuh lemak...hihihi...

Kepada kawanku Rohana....aku sangat gembira okey...dan sebagai kawan oo yang pakar..ko kena dengar cakap aku...okey..ini arahan... Huhuhu

Kalo ko baca blog aku ni,..aku nak ucapkan

"Muah ciked"

Ok...
Sekianlah cerita berita gembira seirang teman...nanti jumpa lagi di lain entry...

Babaiii

Aku Join Sini

Aku Join Sini