Tuesday, January 3, 2012

Cerita Pasal Mardhiah Part 1

Salam,

Beberapa kisah tentang marDHIAh....

  1. Dia sekarang dah berusia 1 tahun 8 bulan
  2. Rambut dia dah panjang
  3. Gigi dah tumbuh banyak dan suka sangat nak gosok gigi...
  4. Bercakap tak berapa betul lagi...contoh; susu jadik cucu..
  5. Kalau mama marah dia..sambil menangis dia mengadu dekat papa..."mama uat" begitulah jugak kalau papa cubit dia...dia ngadu kat mama pulak.."papa uat"....
  6. Suka tido lambat..(tak bagus ni)
  7. Suka makan kismis
  8. Suka aiskrim (tak bagus ni..)
  9. Kalau nak berdoa sebelum tido semua WAJIB duduk. kalo tak dia akan ulang2 sebut duduk duduk sampailah mama atau papa duduk
  10. Kalau nak makan, cepat-cepat ambik lapik...
  11. Suka menyanyi dan menari (tapi dengan bahasa dan gaya dia la..jangala expect gaya penari linda jasmin tu)
  12. Suka tolong mama atau papa kemas tempat tido
  13. Sangat tidak boleh tengok buku tersusun kat rak..mesti akan buat cubaan menarik dan menyepahkan buku2 tu ke seluruh rumah
  14. Suka tengok upin-ipin dan boboi boy..tapi tang lagu je..bila cerita start dia terus main benda lain
  15. Walaupon ada mainan dibeli untuk dia...tapi dia lebih suka main kotak, tin yu yii cap limau
  16. Tapi mainan yang paling dia suka adalah bola...
  17. Kalau mama gatal belakang dia akan tolong garu...(tapi lepas tu mama kene mintak tolong papa jugak...)
  18. Bila mama sakit kepala dia tolong picitkan..(walaupon tarik rambut mama yang lebihnya)
  19. Dia suka jalan-jalan..kalau tanya dia "nak jalan-jalan?" dia akan angguk..tapi bila ajak "jom balik"..cepat-cepat dia gelengkan kepala
  20. Dia suka memanjat...setakat grill pintu tu dah 3/4 tinggi pintu dia panjat selamba je..
  21. Suka main ditangga...dah penah jatuh tangga cerita jatuh tangga kat SINI LA KLIKNYA
  22. Suka sangat minum air..pantang nampak mama atau papa minum..mesti dia mintak nak jugak
  23. Dan juga dah pandai minum guna cawan
  24. Kalau dapat telefon sebuk la buat gaya orang sembang sambil jalan-jalan sebut hello..tapi bila orang betul-betul call nak cakap dengan dia..dia diam je...
  25. Lepas mandi kita pakaikan dia baju, sikat rambut boh bedak..lepas tu dia akan cakap..atiknya..(perasan la sebut cantiknya)
hahah..tu je la dulu....kalo ikutkan 4 hari 4 malam tak abis nak citer pasal dia...nanti sambung lagi


Selamat Tahun Baru..azam pun baru...adooo malam..

Salam,

Selamat tahun baru...dah 3 hari di tahun baru kau baru terhegeh-hegeh nak update blog...hahhaha...takpela khen..janji update walau sebaris kata..hahahah

Okla..nanti aku update lagi..bye...

Tuesday, November 1, 2011

Mardhiah- jatuh tangga

Salam
Takde apa yang menarik..cuma nak bercerita tentang Mardhiah yang makin hari makin banyak kenakalan yang tidak teduga itu..ahahah...

Baru-baru ni...Mardhiah jatuh tangga...lebih 7 anak tangga jugaklah...tapi dianya..menangis kejap je..aku n juan memula panik jugak...tapi disebabkan aku seorang mama yang diva yang feeling rajin membaca....aku terus melakukan beberapa ujian...(ha ujian okeh...)

  1. aku tengok kedua-dua telinganya...ada darah ke tak --> takde so clear
  2. aku tengok matanya kot-kot juling ke ....-->ok takde masalah
  3. aku tengok hidungnya ...--> ok takde darah atau apa...
  4. aku panggil nama dia buat lawak  --> dia mengekek kira ok la tu
so takde nampak tanda2 yang menunjukkan dia cedera aku rasa lega la...dan dia pon bukan main mencicit je terus main mainan dia...

*nota penafian :  langkah-langkah di atas adalah cara spontan aku yang ingat-ingat lupa apa yang aku penah baca.so dah tentulah tak berapa nak betul..jadi sila dapatkan nasihat dari pakar ye..aku bukan pakar.

Esoknya aku bawa jugak jumpa doktor dan alhamdulillah doktor kata takde apa yang perlu dirisaukan.Takde bengkak pon dikepalanya....

Lepas ni memang kena berhati-hati lagi dengan tangga rumah tu...sebelum ni pon ada ambik langkah berjaga-jaga...tapi dah nak terjadi...jadilah jugak kan.

boleh la baca artikel ni untuk rujukan..banyak lagi sebenarnya..ARTIKEL PASAL ANAK JATUH

okey...berjumpa lagi di lain rancangan..bye....


Lama tak update...apakah

salam...

Berterus terang...aku takde idea nak update blog ni...

Maafkan aku...cewah...
 (macamlah ada orang kesahkan blog ko ni khennn)






Thursday, July 28, 2011

Saya Wanita Hebat!!

Saya wanita hebat!!

walaupun saya tiada empayar peniagaan bernilai jutaan ringgit
walaupun saya tiada pangkat setinggi gunung

tapi saya tetap wanita hebat dengan cara dan gaya saya tersendiri...

Wednesday, July 20, 2011

Mardhiah - Yang Di Redhai.....

Salam..

Aku selalu jadi situasi macam ni..sedang buat keje tetiba teringat sesuatu yang emosi..pastu rasa nak mengalir airmata..korang pernah jadi camtu?Apa tak pernah? Ni cubaan nak kata aku tak normal ke camne?

Sesungguhnya aku tetiba teringat saat-saat melahirkan Mardhiah…aku jadi rindu pada waktu itu..Mardhiah aku lihat sangat suci dan comel…
Hahah…sebenarnya entry ini bukanlah nak emo-emo nangis semua..sangatlah tidak…

Mardhiah …ye itu nama anak aku…Bila ke mana-mana orang bertanyakan aku atau Juan tentang namanya…selalunya akan ada ayat pelik..Mardhiah je?takde Nur ke apa?

Kenapa Mardhiah?

Boleh kata semua orang nak nama anak sesedap mungkin gaya kalau letak dalam asam pedas, asam pedas tu akan jadi asam pedas the best in town….kalau anak orang ni 2 patah perkataan,kita nak 3 patah perkataan, kalau orang tu ada bunyi-bunyi Amerika, kita nak lagi best letak ada bunyi-bunyi Congostan…

Aku pun macam tu jugak.  Sebelum Mardhiah nak lahir aku ada bergurau nak letak nama Victoria Azarenka…hahah…kemain kawan aku Eryn tarbiah aku balik dengan cara mengutuk aku selepas itu.hahaha..Eryn jangan marah…

Ok berbalik kepada persoalan tadi..

Aku pilih nama Mardhiah sebab 

  • nama yang mudah disebut mahupun diingati,
  • mempunyai makna yang elok
  • aku nak panggil nama penuh dia dalam kehidupan sehari-hari.Aku pernah dengar ustaz atau ustazah pernah bagitau, panggil anak dengan nama yang elok sebab nama itu juga merupakan satu doa..
Tapi itulah manusia. Sentiasa tak pernah berpuashati dengan apa yang ada. Bila dah aku letak nama anak macam ni ada la komen-komen yang kata..pendek sangat nama..letak le 2 patah perkataan kurang-kurangnya…dan ada jugak yang kata..oh..nama ni sama dengan nama orang yang mati aritu.dia sakit sebelum meninggal..aku sangat sentap ok…kadang-kadang nak je balas balik..anak aku okeh..kau sibuk pehal? 

Kekadang pernah terfikir kalau aku letak la nama Victoria Mardhiah Azarenka..mesti mampus jugak aku kena kritik oleh yang feeling cerdik pandai. Antara yang aku boleh agak, teruknya nak sebut nama anak kamu…ish makna elok ke tu?..dan ada jugak nanti yang akan tarbiah suruh letak nama biar bunyi melayu. Ha kan…sangatlah complicated okeh…

Tapi apapun…Mardhiah adalah nama yang terbaik,tersedap,terhebat bagi aku ngan Juan. Orang lain nak kata apa..terpulang…

p/s..Kalau ada rezeki next anak kalau lelaki aku letak nama Beto Rafael Nadal Kusyairy…mesti ada jugak yang tak kena juga di mata orang lain kan..kesimpulannya..anak kita, kitalah pencoraknya…orang lain akan terus mengkritik selagi mereka rasa nak kritik.



Thursday, July 14, 2011

Kak Syina Dan Kok Ana

Salam,


Aku pun tak tau kenapa dengan masalah aku. Hati berkobar-kobar nak update blog..tapi bila aku nak mula menulis segala benda yang aku nak tulis semua hilang macam tu saja.sudahnya tak update la blog ni..kalau main Farmville tu kira blog ni dah tumbuh segala rumput,ranting kayu. Aku dah lama malas main Farmville kat fb tu..malas aku nak main..baru buang rumput..esok tumbuh rumpu lain plak..nak tebang pokok pon mak aii berpuluh-puluh kali kapak baru dapat tumbang satu…hish malas-malas…Ha tengok dah melalut-lalut sampai citer game kat fb…Buat pengetahuan semua..aku sekarang hanya layan Garden Of Time..so bolehla korang send request kat aku ye..ahahhaha…sudeh sudehh…


Erm..apa yang aku nak cerita sebenarnya…haaa..ok ok dah ingat..


Aku di zaman sekolah menengah ada seorang kakak angkat. Ntah dedulu trend ada junior masuk asrama akan adalah senior perempuan yang akan perati mana-mana yang comei tu nak buat adik angkat. Dan aku termasuk dalam golongan yang comei..(ahahhaa silalah muntah..aku faham). Jadi aku telah dilamar oleh seorang senior tingkatan 3…dan kami bermula hidup sebagai adik beradik angkat mengangkat..eheh..


Hubungan angkat mengangkat kami berterusan walaupon masingmasing dah tua bangka..(oh rasa over plak bangka kan?). Dan kami juga pernah terputus hubungan..tapi dengan adanya FB ia menemukan kami semula…Alhamdulillah. Oh lupa…aku panggilnya Kak Syina…


Ok cukup dulu intro pasal kakak angkat aku dulu. Aku nak intro pasal seorang lagi


Di alam cyber pulak..aku telah dipertemukan dengan kawan-kawan yang sangat cool,sempoi,baik hati dan macam-macam lagi. Ada juga rasa dah macam adik beradik. Dan entry ini aku nak intro pasal seorang kawan alam cyber (tapi dah jumpa dan ternyata kami serasi)


Kami bermula di sebuah forum..dia letak nama si kunang. Dari forum kami memanjangkan hubungan melalui Yahoo Mesengger  dan skype dan FB..berapa banyak dan la…aku memanggilnya Kok Ana (sebab dia lebih bangka dari aku).ok itu pengenalan tentang Kok Ana


Jadi apa significant nya aku cerita pasal mereka berdua? Ops..tak payah fikir sampai megren..biar aku cerita.


Mereka adalah 2 orang yang aku kenali dan sayang. Mereka adalah perempuan yang tabah. Mereka mempunyai persamaan iaitu


Kehilangan orang yang tersayang….


Kak Syina telah kehilangan anaknya yang baru berusia 2 tahun pada 2 Julai 2011. Seri nama anak itu. Cukuplah aku nyatakan bahawa kehilangan Seri adalah disebabkan kemalangan dalam rumah. Tentu kamu semua tahu bagaimana rasanya kehilangan anak sekecil itu.tak perlu untuk aku huraikan.Seri adalah permata hati sulung Kak Syina dan suaminya..masih belum ada anak yang lain.


Aku mengetahui tentang berita pemergian Seri melalui FB…Kak Syina meletakkan status mengumumkan pemergian Seri..aku sangat terkejut..masa tu aku berada di RnR Temerloh..3 Julai 2011..dalam perjalanan balik dari Shah Alam nak ke Kuantan.masa menunggu Juan ke tandas hati aku terasa sangat-sangat nak bukak FB melalui henpon. Ternyata semua dorongan dari Allah SWT. Aku terus menghubungi Kak Syina tetapi tak berjawab..dan aku faham dan bercadang akan menghubunginya selepas dia bertenang. Tetapi selang 15 minit dia menghubungi aku semula…aku dengar suaranya yang sebak tetapi cuba betenang…aku terkedu dan tidak tahu apa yang patut aku cakap pada Kak Syina.Ternyata dia memang benar-benar mencari aku tapi tak jumpa pulak ni henpon aku..Aku faham dalam keadaan begitu apa lagi yang dapat difikirkan.
Tiada apa yang dapat aku katakan, sekadar menyabarkan dan meminta dia redha dengan pemergian Seri.


Cukup di situ cerita Kak Syina dan Seri.


Pada 8 Julai 2011..aku diberitakan pula Mak kepada Kok Ana pula meninggal. Ya Allah berturut-turut orang yang aku kenali kehilangan orang yang disayangi. Aku juga tak kata apa-apa melainkan memintanya supaya sabar dan redha.sebelum ini Kok Ana ada bercerita mengenai kondisi Mak nya yang sakit. Dia berulang alik dari kerja-rumah-hospital bergilir-gilir dengan abang,kakak iparnya dan anak saudaranya untuk menjaga Mak. 


Sedih..memang sedih…kehilangan orang yang disayangi adalah sesuatu yang sangat perit hati dan perasaan bagi sesiapa yang melaluinya. Sedih kita yang melihat…sedih lagi orang yang menanggung..tapi siapalah kita untuk melawan takdir Yang Maha Esa. Mati itu pasti…


Tetapi apapun buat Kak Syina dan Kok Ana redhalah pemergian mereka. Menangislah jika itu boleh melegakan mu..tetapi jangan di ratapi pemergian itu. 


Kak Syina…tataplah gambar Seri dikala kamu merinduinya.. tak mengapa..
Kok Ana…ingatlah momen-momen kamu bersama Mak..itu dapat mengubati rindumu…
Dan yang utama DOA kalian buat insan yang disayangi itu…
Kamu berdua perempuan yang tabah dan aku menyayangi kamu…

ok..jumpa lagi di next entry...

Aku Join Sini

Aku Join Sini