Wednesday, July 20, 2011

Mardhiah - Yang Di Redhai.....

Salam..

Aku selalu jadi situasi macam ni..sedang buat keje tetiba teringat sesuatu yang emosi..pastu rasa nak mengalir airmata..korang pernah jadi camtu?Apa tak pernah? Ni cubaan nak kata aku tak normal ke camne?

Sesungguhnya aku tetiba teringat saat-saat melahirkan Mardhiah…aku jadi rindu pada waktu itu..Mardhiah aku lihat sangat suci dan comel…
Hahah…sebenarnya entry ini bukanlah nak emo-emo nangis semua..sangatlah tidak…

Mardhiah …ye itu nama anak aku…Bila ke mana-mana orang bertanyakan aku atau Juan tentang namanya…selalunya akan ada ayat pelik..Mardhiah je?takde Nur ke apa?

Kenapa Mardhiah?

Boleh kata semua orang nak nama anak sesedap mungkin gaya kalau letak dalam asam pedas, asam pedas tu akan jadi asam pedas the best in town….kalau anak orang ni 2 patah perkataan,kita nak 3 patah perkataan, kalau orang tu ada bunyi-bunyi Amerika, kita nak lagi best letak ada bunyi-bunyi Congostan…

Aku pun macam tu jugak.  Sebelum Mardhiah nak lahir aku ada bergurau nak letak nama Victoria Azarenka…hahah…kemain kawan aku Eryn tarbiah aku balik dengan cara mengutuk aku selepas itu.hahaha..Eryn jangan marah…

Ok berbalik kepada persoalan tadi..

Aku pilih nama Mardhiah sebab 

  • nama yang mudah disebut mahupun diingati,
  • mempunyai makna yang elok
  • aku nak panggil nama penuh dia dalam kehidupan sehari-hari.Aku pernah dengar ustaz atau ustazah pernah bagitau, panggil anak dengan nama yang elok sebab nama itu juga merupakan satu doa..
Tapi itulah manusia. Sentiasa tak pernah berpuashati dengan apa yang ada. Bila dah aku letak nama anak macam ni ada la komen-komen yang kata..pendek sangat nama..letak le 2 patah perkataan kurang-kurangnya…dan ada jugak yang kata..oh..nama ni sama dengan nama orang yang mati aritu.dia sakit sebelum meninggal..aku sangat sentap ok…kadang-kadang nak je balas balik..anak aku okeh..kau sibuk pehal? 

Kekadang pernah terfikir kalau aku letak la nama Victoria Mardhiah Azarenka..mesti mampus jugak aku kena kritik oleh yang feeling cerdik pandai. Antara yang aku boleh agak, teruknya nak sebut nama anak kamu…ish makna elok ke tu?..dan ada jugak nanti yang akan tarbiah suruh letak nama biar bunyi melayu. Ha kan…sangatlah complicated okeh…

Tapi apapun…Mardhiah adalah nama yang terbaik,tersedap,terhebat bagi aku ngan Juan. Orang lain nak kata apa..terpulang…

p/s..Kalau ada rezeki next anak kalau lelaki aku letak nama Beto Rafael Nadal Kusyairy…mesti ada jugak yang tak kena juga di mata orang lain kan..kesimpulannya..anak kita, kitalah pencoraknya…orang lain akan terus mengkritik selagi mereka rasa nak kritik.



5 comments:

  1. biasalah, manusia katanya, mana pernah puas, semuanya nak dikritik, lantok le sebi, ade aku keysahkan.. sedap apa nama Mardhiah tu, klo dilayankan mulot manusia, tak hiduplah kita, mau ari2 nanges sentap asyik.. kekeke

    ReplyDelete
  2. Tulah kok ana...kekadang memang cuba pekak kan telinga...tapi tu lah..peringatan untuk diri aku sama..

    ReplyDelete
  3. biarlah apa orang nak kata ye kak itawinrum akneraza ..yg penting lepas ni kalau dapat anak perempuan lagi bubuh nama wahida pulak ye..

    ReplyDelete
  4. tudung doraemon...sangat kasar lawak anda nampak....

    ReplyDelete
  5. maroh ke akak?jgn marah² kang hangit bubor kacang lagi taww

    ReplyDelete

Aku Join Sini

Aku Join Sini