Salam..
lama dah tak menulis dalam ni..buat tajuk pastu save as draf je..ahaha..teruk benor perangai pemalas tu..takpe arini nak rajinkan jugak-jugak nak update kat sini...
Mardhiah....itulah anak comel kesayangan aku buat masa ni...(harapnya dapatlah menambah anak dimasa akan datang..ewah..ahahah)..
6 Mei 2011 haritu genaplah setahun usia anak comel aku itu...rasa sekejap sangat masa berlalu..dia pon dah makin bijak dan nakal.setiap hari ada je onar yang dia buat...
Dia sekarang dah pandai berjalan...pada malam besday dia..dia buat surprise untuk aku..terbalik..patot aku la buat surprise ke apa kan...surprisenya adalah........................dia berjalan buat pertama kalinya...
masa tu aku tengak tengok tv..kebetulan malam tu kami berdua je sebab papa dia outstesen...dia jalan ke arah aku sambil sengih dan terus peluk...masa tu aku tak terkata apa-apa..terus sms papa dia bagitau.
Balik kampung cuti seminggu dia dok asah skill berjalan dia..adeh..sekarang tak diam walau seminit..dia akan stop bila dia tidur je..bangun je terus mencicit berjalan ke sana ke mari...letih mama n papa anak weii..
nanti sambung lagi la ye..
bye..
Monday, May 23, 2011
Tuesday, April 19, 2011
Aku Yang Dewasa...
Kadang-kadang aku tak percaya yang aku sudah dewasa sebab ;
- aku selalu buat tindakan macam budak-budak
- aku cepat sangat emosi pada perkara yang remeh
- aku selalu terlupa untuk memikir tentang hidup
Tapi sebenarnya aku sudah dewasa ;
- aku sudah pergi belajar dan tinggal jauh dari family(tak jauh mana pon..perlis je..kekek)
- bila Mak dan Abah tak bagi duit belanja lagi pada aku..tapi aku yang bagi duit pada diorang
- dah ada keinginan nak berpasangan hidup..(ahahah..gedik hokeh)
- aku menitiskan airmata ketika aku dinikahkan oleh Abah
- aku dikurniakan Allah seorang anak perempuan dan memanggilku mama..
kalau nak aku senaraikan memang sampai muntah la orang nak baca...
tapi itulah aku selalu terlupa aku bukan budak-budak lagi...
Adakah korang pernah terfikir macam aku fikir ni??
ehehehehe....
Wednesday, March 30, 2011
Bila si mocel pandai sebut ma ma ma...
Ya Allah..seronoknya tak terkata......terus cium-cium...peluk-peluk...tanda tahniah
ahahaha....terpoyo sudah...hihihi...
Thursday, March 10, 2011
Anak satu anugerah
Salam,
Hehe..tajuk mestilah skema .Tak tau apa hala tuju entry kali ini..cuma teringat perkara yang disembang dengan pengasuh anak...bukan perkara yang hebat sangat..antara perkara yang disembang adalah pasal menjaga anak..pengasuh bagitau kalau tak, ada seorang lagi anak dia nak jaga..tapi tak jadi sebab orang tu tak jadi ambik anak yang dia tinggalkan dekat emak di kampung..suami dia tak bagi..apa yang aku nak bagitau sebenarnya ni.
Entah kenapa bila dalam perjalanan pulang ke rumah aku asyik terfikir dan rasa sebak.aku sebak bila teringat anak kecik tu tidak dapat pelukan dan kehangatan kasih sayang mak dan ayah dia..yang ada hanyalah kasih sayang opah dia...aku tak kata kasih sayang opah tu perkara negatif..tidak..kasih sayang opahdan atuk juga sangat suci..cuma pada fikiran aku..anak haruslah bersama emak dan ayahnya.. mungkin aku keterlaluan bila aku kata budak kecik tu sedang dinafikan haknya untuk mendapat kasih sayang mak ayahnya.
Memang ada pasangan yang baru dapat anak yang tinggalkan anaknya pada emak dan ayah mereka di kampung. Pasti mereka ada alasan. Antara alasan, mereka bekerja tiada orang yang boleh diharapkan untuk menjaga anak mereka. Pada pandangan aku, kenapa tak diusahakan dari awal semasa belum melahirkan lagi? Tak salah rasanya kita merancang..bukankah sesuatu perkara itu harus ada perancangannya? Biasanya dapat tau disahkan mengandung dalam usia kandungan dah berusia 8-10 minggu.
( 40 minggu - 10 minggu = 30 minggu)
Ini bermakna kita diberi masa 30 minggu untuk merancang apa yang patut dibuat selepas melahirkan..masa tu lah kita fikir,cari atau apa-apalah. Tapi kebanyakannya hanya sibuk fikir tema warna barangan anak la..itu la ini la..Memang aku pon sendiri sibuk nak beli itu ini aku tak nafikan ini...tapi mujurlah suami aku ada mengingatkan perkara yang paling penting iaitu siapa akan mengasuh anak kami.
Tapi tu lah ini pandangan aku sahaja..aku tak tau apa masalah sebenar orang lain..Jadinya bila kita dah nak ada anak..kita kena bersedia dari segala segi.
Untuk anak mama yang di sayangi Mardhiah, kamu sangat beruntung..dapat merasai kasih sayang mama dan papa yang tidak terhingga..Walaupun mama dan papa kerja dan hantar kamu duduk dengan pengasuh di siang hari..tapi sekurang-kurangnya kamu dapat merasai pelukan dan ciuman kami,bila buka mata dari tidurmu kamilah orang yang pertama kamu nampak dan dakap..kamu bertuah anakku..bertuah..
Buat ibu bapa yang tidak dapat duduk bersama-sama anak mereka..aku tidak mengata bahawa kamu salah..sesungguhnya aku tidak berada di tempatmu..tetapi sekurang-kurangnya niatlah di hati kamu yang kamu akan berusaha menyatukan sekeluarga kamu untuk bersama..
Sekian...
Tuesday, February 22, 2011
Pabila Anakku Mocel Sakit....
saja nak cerita walaupun isu ini dah lama...
demam pada baby tu orang tua-tua kata biasalah....jadinya bila dia demam kita pantau suhu dia dari masa ke masa. Anak aku dah berusia 9 bulan..memang adalah demamnya..
Cumanya demam terbaru tu agak mengejutkan aku suami isteri..maklumlah anak pertama. demam Mocel bermula pada malam 24.1.2011...kami bagi ubat demam macam biasa sajalah...tapi demamnya berlarutan sekejap panas sekejap ok..dan diikuti pula dengan batuk berkahak. dan aku nampak Mocel tak berselera untuk makan. sebelum ni pon dia demam tapi makan masih selera di tahap maksima..eheh..
Pukul 3.30 pagi 28.1.2011... menangis merengek-rengek..bila rasa badannya memang panas..aku bagi menyusu..tapi dia menolak dan terus menangis..bila aku buka lampu..aku tengok mukanya sudah biru kepucatan dan badan dia mula menggigil...aku mula panik dan aku tengok suami pon nampak panik..tapi dia mungkin coverlah tu...dia kata "jom kita bawak dia pegi hospital"
Aku pon balut badan baby dengan selimut dan keluar rumah..dalam kereta sepanjang perjalanan Mocel menangis merengek-rengek tapi suara dia agak lemah..dan aku dapat rasa badan dia yang menggigil sewaktu dalam pelukan aku.Sampai di hospital ...disambut dengan nurse..dia mula cuba turunkan suhu badan Mocel dengan lap-lap badan dengan kain yang direndam dengan air suam...masa ni Mocel mula menangis sekuat hati dia...bila doktor sampai...dia masukkan ubat melalui punggung..sebabnya suhu Mocel masa tu memang tinggi.
doktor cadangkan anakku di masukkan ke wad...suami uruskan kemasukan ke wad dan tepat 4 pagi kami dah berada dalam wad dan masa tu Mocel dah tidur kepenatan...esok paginya paed datang..dia check dan dapati ada jangkitan kuman di paru-paru Mocel..aku dengar je terus agak gelabah..maklumlah tak pernah lalui...dan hari pertama di wad...paed ambik sampel hingus,air kencing,cucuk tangan untuk letak drip...kemudian Mocel kena nebulizer..x-ray..sedih aku tengok masa tu..tapi tabahkan jugak hati sebab aku rasa itu adalah jalan terbaik untuk bagi dia pulih...
Hari kedua di hospital paed suruh buat chest fisio..yang itu lagi la aku sedih tengok..menangis semahu-mahunya dia bila fisioterapist tu mula tepuk-tepuk dada dan belakang..bila masukkan tiub ke hidung dan tekaknya..Ya Allah...rasa nak tampar je orang tu...tapi aku sabor..heheh...Chest fisio kene buat 2 kali sehari..sesi pagi dan sesi petang..dari hari kedua sampai hari kelima Mocel di wad..
Akhirnya hari kelima paed telah sahkan semua kuman-kuman tu dah mati melalui antibiotik yang diberi sepanjang di wad..Alhamdulillah lega rasanya bila dia kata "ok..paru-paru baby dah clear..n dah boleh balik..kita jumpa seminggu lagi untuk follow up ye'
so lepas ni kena lebih berjaga-jaga bila anak demam..kena perhatikan ada batuk berkahak atau selsema...pantau pemakanan dia..sama ada selera makan ke tak...aku harap perkara yang terjadi ni tak berulang dah..
Untuk panduan bersama
Jangkitan Kuman Di Paru-Paru Kanak-Kanak
diambil dari www.infosihat.gov.my
okey..sekian dulu...eheh

Tuesday, January 25, 2011
Cabaran Hidup
Kali ni nak cerita pasal cabaran hidup...
Semua orang dalam hidup pasti ada cabaran..dan aku juga tak terkecuali..apa benda cabaran ni?ada orang kata memasak juadah untuk santapan suami dan keluarga adalah perkara yang mudah..tapi bagi sesetengah orang seperti aku..hehe..memasak tu antara cabaran yang bisa membuat berpeluh segala ketiak dan segala tempat yang boleh mengeluarkan peloh....yelah mestilah berpeluh..kalo memasak dalam keadaan yang panas..dekat ngan api..haros lah berpeluh kan...heheh
okeh berbalik kepada topik..(gemar benar aku merapu pun)..
Cabaran hidup dari sudut pandangan aku Seorang Insan Comel..(jadi janganlah bandingkan aku dengan orang yang hebat-hebat macam Barrack Obama plak ye)...
Semenjak bergelar mama ni..memang aku rasa kehidupan harian ku semakin tercabar...Memang bersyukur sebab Allah kurniakan aku suami dan terbaru anak yang comel (biarlah aku sorang puji comel pon). Kurniaan yang Allah bagi ni sebenarnya merupakan cabaran untuk aku..,macamana aku nak menguruskan suami,anak dan jugak diri sendiri.Bukannya seronok-seronok tau...
Di samping itu..(eheh) aku juga kononnya bergelar pelajar...(PJJ je pun..dah tu level diploma je pulak tu..)..
aku kene pandai bahagikan masa..sebenarnya aku memang tak bahagi masa pon..main curik masa yang mana ada...setakat ni aku baru masuk semester yang ketiga..dan tiap kali mula semester suami mesti cabar "kalau tak dapat 3.5 ke atas tu berenti jelah ayang wei" . memang rasa tercabar dan sedikit takut..huwaa....
tu lah antara cabaran hidup aku...memanglah kalau nak banding ngan orang lain seperti Barrack Obama atau perdana menteri..memanglah apalah sangat kan..tapi bagi aku ianya tetap cabaran yang mesti di hadapi..
okeylah..setakat ni dulu...
Mengada-ngada Yang Over..
Salam pembuka bicara...(ayat haroslah skema n manis)
Masa mula-mula nak create blog ni..Bukan main berkobar-kobar dan idea sampai meleleh-leleh keluar dari telinga dan hidung segala. Tapi ternyata..aku ni suka benar "hot hot chicken's shit"ha ha ha..tapi aku cuba juga nak menulis..jadi inilah yang di namakan mengada-ngada yang over.heheh...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Aku Join Sini