Takde apa yang menarik..cuma nak bercerita tentang Mardhiah yang makin hari makin banyak kenakalan yang tidak teduga itu..ahahah...
Baru-baru ni...Mardhiah jatuh tangga...lebih 7 anak tangga jugaklah...tapi dianya..menangis kejap je..aku n juan memula panik jugak...tapi disebabkan aku seorang mama yang diva yang feeling rajin membaca....aku terus melakukan beberapa ujian...(ha ujian okeh...)
- aku tengok kedua-dua telinganya...ada darah ke tak --> takde so clear
- aku tengok matanya kot-kot juling ke ....-->ok takde masalah
- aku tengok hidungnya ...--> ok takde darah atau apa...
- aku panggil nama dia buat lawak --> dia mengekek kira ok la tu
*nota penafian : langkah-langkah di atas adalah cara spontan aku yang ingat-ingat lupa apa yang aku penah baca.so dah tentulah tak berapa nak betul..jadi sila dapatkan nasihat dari pakar ye..aku bukan pakar.
Esoknya aku bawa jugak jumpa doktor dan alhamdulillah doktor kata takde apa yang perlu dirisaukan.Takde bengkak pon dikepalanya....
Lepas ni memang kena berhati-hati lagi dengan tangga rumah tu...sebelum ni pon ada ambik langkah berjaga-jaga...tapi dah nak terjadi...jadilah jugak kan.
boleh la baca artikel ni untuk rujukan..banyak lagi sebenarnya..ARTIKEL PASAL ANAK JATUH
okey...berjumpa lagi di lain rancangan..bye....